Tuesday, June 7, 2011

Sang Kancil Yang Cerdik

Di dalam sebuah hutan , binatang-binatang hidup dengan gembira dan sihat .
          Pada suatu hari , datanglah seekor harimau yang besar dan garang bernama Pak Belang . Pak Belang suka menerkam dan binatang-binatang lain sebagai makanannya .
          Semua binatang jinak dalam hutan tersebut takut akan Pak Belang . Mereka tidak berani lagi bermain di luar sarang masing-masing . Mereka hanya boleh keluar mencari makanan apabila Pak Belang sedang tidur .
          Terdapat juga binatang yang kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga lain kerana dibaham oleh Pak Belang . Suasana hutan tidak meriah berbanding dengan sebelum Pak Belang datang ke hutan .
          Pada suatu hari , Si Putih , anak arnab sedang menangis di tepi lorong . Tangisannya didengar oleh seekor rusa yang cerdik . Rusa yang cerdik itu bernama Sang Kancil . Sang Kancil bertanyakan sebab Si Putih menangis . “ Ibu dan bapa saya telah dimakan oleh Pak Belalang yang dosa itu , dia pula mahu makan saya malam ini , saya berasa takut . ” Jawab Si Putih dengan sedihnya .
          Sang Kancil berfikir sebentar dan berkata : “ Jangan sedih , saya ada akal , kamu pulang sahaja dan usahlah ke mana-mana malam ini . ” Si Putih pun menerima cadangan Sang Kancil dengan hati yang terbuka .
          Pada keesokkan pagi , Sang Kancil sengaja menunggu Pak Belang di tepi sebatang lorong yang biasanya akan dilalui olehnya . Pak Belang yang kelaparan kerana tidak dapat makan Si putih semalam berasa geram apabila terjumpa Sang Kancil . Dia ingin membaham Sang Kancil sebagai makanannya .
          Sang Kancil berpura-pura menjadi panik dan gembira apabila terjumpa dengan Pak Belang , dia bertegur sapa dengannya . “ Selamat pagi , saya ingin berjumpa dengan kamu , jadilah saya menunggu kamu di sini . ”Pak Belang berasa hairan . Sang Kancil terus berkata : “ terdapat seekor harimau yang lagi besar dan garang daripada kamu berkata ingin bergaduh dengan kamu , dia tinggal di dalam perigi di sana . ”
          Pak Belang berasa marah dan mara ke perigi itu . Dia ternampak seekor harimau di dalam perigi itu yang garang dan hodoh . Dia berasa tidak puas hati dengan perangai harimau itu . Dia pun terjun ke dalam perigi itu dan ingin bergaduh dengan harimau itu .
          Akhirnya , Pak Belang mati lemas dalam perigi itu .
         

No comments:

Post a Comment